FAQs - Soalan Lazim

Pembelian


1. Dimana saya boleh dapatkan produk-produk dari laman web ini?
Produk boleh didapati melalui pengedar, ejen atau rakan produk. Belian paling popular adalah secara bank in (internet transfer / mesin deposit / kaunter bank), kemudian produk akan diposlaju ke lokasi anda.


2. Bagaimanakah cara-cara membeli produk?

Produk boleh dibeli melalui pengedar, ejen atau rakan produk.

Berikut adalah langkah mudah pembelian online. Klik disini untuk maklumat lengkap:
    1. Tentukan Jenis, Bilangan & Harga Produk
    2. Lakukan Pembayaran (Transaksi) ke Akaun yang diberi.
    3. Hantar Maklumat Diri & Transaksi Anda melalui Sms / MMS / WhatsApp / Emel / Borang.


3. Apakah maksud Pakej 2+1?
Pakej 2+1 bermaksud 3 unit produk yang sama. Beli 2 unit akan dapat percuma 1 unit. Unit terdiri dari kotak/botol/set/tiub/bekas dll.


4. Saya takut terbeli produk yang kehabisan stok.
Produk yang telah habis stok akan diberitahu pada maklumat produk. Jika terbeli produk yang habis stok, wang akan dikembalikan. Sila i pengedar, ejen atau rakan produk terlebih dahulu.


5. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

    1. Perbankan internet Maybank, CIMB, Public Bank, BSN, Bank Islam, RHB, Bank Rakyat,
        Hong Leong Bank atau lain-lain bank yang dinyatakan.
    2. Bank in melalui mesin Deposit / Kaunter bank-bank seperti di atas.
    3. Kad kredit melalui paypal.
    4. Tunai.


6. Waktu pembelian?
Bila-bila masa, 24 jam sehari, 365 hari setahun.


7. Adakah bukti transaksi diperlukan?
Hanya no. transaksi/rujukan atau masa transaksi diperlukan. Kecuali jika ada kekeliruan, anda mungkin akan diminta kemukakan bukti transaksi (resit dll). Oleh itu, sila simpan bukti transaksi untuk rujukan masa hadapan.


8. Bagaimana nak pastikan pembelian berjaya, diproses & telah dihantar?
Pastikan anda terima 2 SMS / Mesej / Whatsap seperti yang berikut:

1. SMS/mesej Waktu Penghantaran. Setelah anda sms/mesej/whatsap maklumat diri & pembelian, anda akan menerima SMS/Mesej/Whatsap balasanan seperti berikut “OK TQ, produk akan diposlaju sebentar lagi / petang esok........." - [Bermaksud maklumat yang diberi disahkan.]


2. SMS/mesej no. Tracking Penghantaran. Produk telah diposlaju jika anda menerima SMS/Mesej/Whatsap no jejak (tracking no.) poslaju.


Sila hubungi kami jika anda tidak menerima 2 sms tersebut.

9. Jika harga produk RM85.00, saya gunakan cash deposit machine, sudah tentu saya akan bayar RM90.00 kan. Macamana dgn balance RM5 tu?
Baki RM5 tu kami akan kembalikan bersama produk apabila ia diposlaju - minta saudara/ri tulis nota sedikit pada borang pesanan @ SMS/Mesej/Whatsap sebagai peringatan.

Atau berikan maklumat no. akaun salah satu bank saudara/ri. Duit anda akan ditransfer balik. Baki yang kurang dari RM2 akan dikembalikan dengan cara pengeposan diatas.



Penghantaran

1. Kos Penghantaran FREE Ke?
Kos penghantaran (POSLAJU) bagi semua produk adalah PERCUMA. Tiada COD.

2. Jika saya order hari ni, bila saya akan terima barang?
Jika anda bayar hari ini sebelum jam 2.30 petang, produk akan diposlaju pada hari yang sama. Jika bayaran selepas jam 2.30 petang, produk akan diposlaju keesokan hari.


Produk tidak akan diposlaju pada hari minggu (Jumaat/Ahad), Sabtu minggu pertama setiap bulan & cuti umum.

Mengikut polisi Poslaju, produk akan diterima dalam tempoh 1-2 hari bekerja untuk kawasan di Semenanjung & 2-3 hari bekerja untuk kawasan pedalaman, Sabah, Sarawak & Labuan. Luar negara  seperti Singapura, Brunei & Indonesia biasanya 3-10 hari bekerja.

3. Apakah jaminan order saya akan dihantar? Maklumlah saya membeli dari website dan kurang yakin order saya nanti akan di poskan.
Kami adalah syarikat yang telah lama terlibat dalam perniagaan herba. Semua pengedar, ejen atau rakan produk dipastikan berdaftar dengan SSM & berdaftar dengan PosLaju (pilihan).

SMS/Mesej/Whatsap Nombor Jejak Poslaju akan dihantar kepada anda untuk mengesan lokasi produk setelah ianya diposlaju.


4. Macamana nak semak no. trace/jejak POS LAJU yang diberi?
Semakan Pos Laju klik link ini :
    - Saudara hanya perlu isikan sahaja no trace yang kami berikan diruangan yang disediakan. Dan ianya akan menyemak lokasi order saudara pada waktu ini.


Saudara boleh juga trace lokasi terkini penghantaran produk melalui telefon:-
    - TOL FREE (POS MALAYSIA) - 1 300 300 300

5. Kenapa no. trace/jejak yang diberi tidak dapat dikesan atau tiada dalam sistem?
Sesetengah pengedar, ejen atau rakan produk menggunakan sistem kontrak. Nombor jejak tidak dapat disemak pada hari yang sama. Jika masih tak dapat disemak dalam tempoh 12 jam, sila hubungi Poslaju Centre 1 300 300 300.


6. Bagaimana jika produk hilang / rosak semasa penghantaran?
Jika terbukti produk hilang semasa pengeposan atau tidak sampai, pihak pengedar, ejen atau rakan produk akan pos semula gantian produk yang sama tanpa sebarang bayaran (1 kali sahaja).

Sila hantar produk yang rosak kepada pengedar, ejen atau rakan produk melalui kurier atau poslaju. Produk gantian yang sama bersama duit RM10 akan diposlaju sebagai bayaran kos penghantaran semula (untuk 1 kali sahaja).


Bungkusan parcel adalah kemas, selamat & rapi. Amat sukar bagi produk untuk rosak.

7. Kenapa alamat dengan Peti Surat / P.O Box tidak digalakkan?
Ia melambatkan proses penerimaan barang. Peti surat biasanya tidak muat untuk masukkan produk. Posmen akan meninggalkan sekeping kad notis (kad merah @ oren) dalam peti surat dimana dimaklumkan ada 'barang' yang perlu diambil di kaunter pejabat pos terdekat.

Setiap produk yang diterima pelanggan memerlukan tandatangan & penerimaan by hand. Lebih mudah jika posmen temui anda secara terus berbanding tinggalkan notis dalam peti surat.

8. Bolehkah produk dihantar dengan khidmat kurier lain? Saya sanggup tanggung kos.
Setakat ini pihak kami hanya menggunakan khidmat Pos Laju sahaja. Boleh hubungi pengedar, ejen atau rakan produk untuk maklumat lanjut.

9. Bagaimana pula jika tiada siapa dirumah saya semasa penghantaran dilakukan?
Lebih mudah jika anda guna alamat pejabat kerana posmen akan hantar pada waktu bekerja 8.00am-6.00pm. Bagaimanapun, jika anda tiada dirumah @ tiada sesiapa yang ambil bagi pihak anda, posmen akan meninggalkan sekeping kad notis (kad merah @ oren) dimana dimaklumkan ada 'barang' yang perlu diambil di kaunter pejabat pos terdekat.


Produk & Lain-lain


1. Adakah produk di laman web ini selamat & berkesan?
Semua produk diiktiraf (lulus & berdaftar) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sepenuhmya herba tanpa kimia & dibuat oleh pengeluar yang terbaik dalam kelasnya.


2. Adakah produk yang telah dibeli boleh dipulangkan?
Produk yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan.

3. Bolehkah saya jadi pengedar?
Setakat ini tiada pengambilan kerana pengedar telah penuh & ramai. Anda boleh beli produk-produk ini pada harga pakej dan menjualnya per unit.


4. Adakah laman web lain milik Izie Herb?

Tiada. Ini adalah satu-satunya website rasmi Izie Herb Marketing.


5. Ada testimoni produk?

Testimoni setiap produk adalah komen Facebook di bahagian bawah webpage produk tersebut. Nombor telefon atau maklumat pengguna kami rahsiakan dan tidak akan digunakan sebagai testimoni.

Promosi Terhebat !!

1. Kos Penghantaran PERCUMA.
2. Pakej 2+14+2 & 6+4 untuk semua produk.
3. Penghantaran semula produk yang hilang.
                    Sitemaps:
                         Utama
                             >Pengesahan KKM
                         Produk
                             >Produk Keluaran Izie Herb 
                                 >Peria Katak Plus
                                 >Saderi Jawa Plus
                                 >Temulawak Plus
                             >Produk Rakan Izie Herb 
                                 >Acal(i) Berry Plus
                                 >Bayu
                                 >D' Hemo
                                 >Ikhtiar Hamile
                                 >Kasturi
                                 >Kosmetik Seri Wajah
                                 >Lasinaan
                                 >Maya
                                 >Pati Haruan Plus
                                 >Pure Collagen Plus
                                 >Resdong
                                 >Siok
                                 >Tonik Lelaki
                                 >Tonik Wanita
                         Cara Beli
                         FAQs
                         Hubungi Kami