Kosmetik Seri Wajah - Kecantikan & Kesihatan Muka

SPESIFIKASI PRODUK:
1. Krim Siang Licorice Plus = 10gm, NOT150402895K
2. Krim Malam Lidah Buaya Plus = 10gm, NOT150402894K
3. Sabun Herba Berlian = 40gm, NOT150404878K
- Berat 1 Set termasuk kotak = 68g
- Keluaran: Seri Wajah Beauty Sales. 



1 Set mengandungi Krim Siang Licorice Plus, Krim Malam Lidah Buaya Plus, Sabun Herba Berlian & Risalah FAQs.


HARGA PRODUK (termasuk poslaju): 
- Harga 1 set= RM120(WM), RM125(EM), RM190(S'pura & Brunei).
- HARGA PAKEJ: 2+1 set= RM240(WM), RM250(EM), RM310(S'pura & Brunei).
- HARGA PAKEJ: 4+2 set= RM480(WM), RM490(EM), RM550(S'pura & Brunei).
- HARGA PAKEJ: 6+4 set= RM720(WM), RM730(EM), RM790(S'pura & Brunei).

KHASIAT: 

1. Krim Siang Licorice Plus (10gm, NOT150402895K):
Dirumus khas untuk melindungi kulit dari penuaan sebelum masanya serta kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Bertindak melindungi kulit dari menjadi gelap, mengekalkan kelembapan, menghilangkan bintik hitam, melembut dan menghaluskan kulit.

2. Krim Malam Lidah Buaya Plus (10gm, NOT150402894K):
Dirumus daripada herba-herba pilihan untuk menghilangkan jeragat, jerawat, sel mati, parut, garis halus dan kekusaman serta mengecilkan pori-pori kasar. Penggunaan berterusan dapat menghalus, melembap, melicin dan menganjalkan kulit wajah anda.

3. Sabun Herba Berlian (40gm, NOT150404878K):
Bertindak sebagai pembersih muka sebelum menggunakan krim dan alat-alat solek yang lain. Memelihara dan melindungi kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan jerawat serta membantu mencerahkan kulit muka.

FAQs Kosmetik Seri Wajah

1. Bagaimana cara menggunakan produk Seri Wajah?

- Cuci muka dengan Sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur). Potong 2-4 bahagian untuk lebih jimat. Basahkan Sabun dengan air, gosok sabun ke telapak tangan, kemudian sapukan buih-buih sabun ke permukaan muka, biarkan selama 1-2 minit kemudian bilas muka dengan air bersih. Selepas itu gunakan krim siang atau malam.
- Gunakan Krim Siang pada siang hari. Oleskan nipis keseluruh bahagian muka sebagai pelindung UV.
- Gunakan Krim Malam pada malam hari. Sebelum tidur, sapukan Krim Malam untuk meningkatkan keserian wajah yang kusam dan memelihara kelembapan kulit.

2. Apakah peraturan / perhatian khusus ketika menggunakan produk ini?

- Bersihkan wajah dengan sabun 2 kali sehari sahaja (pagi & malam). Waktu-waktu lain cuci dengan air biasa sudah mencukupi.

- Sebaik selepas mencuci muka dengan sabun, anda haruslah terus menyapu krim siang (pada waktu siang) atau krim malam (sebelum tidur). Usah biarkan wajah anda dalam keadaan terbiar begitu lama (2-3 jam kemudian) baru nak sapu krim-krim tersebut kerana keadaan kulit sudah kering dan mula mengeluarkan lembapan (minyak) semulajadi. Maka, zat-zat krim tersebut tidak lagi dapat diserap oleh kulit secara optimum. Contohnya anda mandi dan cuci muka jam 7 pagi, maka sebaik selepas mandi teruslah sapu krim siang, bukannya sapu ketika anda ingin keluar rumah pada jam 9 atau 10 pagi. - Setiap krim juga mula hilang keefektifannya dalam tempoh 6 jam selepas pemakaian. Jadi, pada waktu tengahari/zohor, basuh wajah dengan air biasa tanpa sabun sudah memadai kerana Krim Siang Seri Wajah larut bersama air dan meninggalkan lapisan kulit yang segar dan lembap. Selesai membersih, anda boleh memakai sekali lagi Krim Siang kerana cuaca panas menghasilkan sinar UV sehingga ke petang.

- Pemakaian Krim Malam juga harus mengikut aturan. Oles nipis selepas cuci muka sejurus sebelum tidur, bukannya pakai selepas Maghrib / Isyak kemudian anda buat kerja rumah dan masuk tidur malam dengan wajah yang berpeluh / berminyak serta tidak bersih. Krim Malam bertindak secara maksima ketika kulit sedang rehat (lena) iaitu dalam tempoh 5 jam pertama kita tidur. Pada waktu ini Krim Malam bertugas mengangkat sel-sel mati dan membaiki tekstur kulit agar lebih sihat dan lembab serta mengaktifkan semula sel-sel kulit yang lesu dan tidak bermaya akibat cuaca panas siang hari. Anda dapat rasai perbezaannya apabila bangun pagi.

- Maka, gunakan produk Seri Wajah dengan sebaiknya. Besederhana, konsisten dan sabar. Anda pasti berpuashati dengan hasilnya!

3. Apa kelebihan produk ini?
- Menjadikan wajah awet muda.
- Mengecilkan liang pori-pori pada muka.
- Menyingkirkan kulit kusam dan warna kulit tidak sekata.
- Mengecut, memudar dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
- Menghilang & memudarkan bintik-bintik hitam (jeragat).
- Membuat wajah bersih, lembap, berseri, licin, gebu, cerah, lembut & halus.

4. Siapa yang boleh guna produk Seri Wajah?
- Produk sesuai untuk perempuan & lelaki pada semua peringkat umur.

5. Berapakah tempoh masa krim & sabun ini boleh habis?
- Bergantung kepada pemakaian pengguna. Biasanya 2 minggu hingga 1 bulan untuk krim, manakala lebih 1.5 bulan untuk sabun.

6. Berapa lama masa yang diambil untuk melihat keberkesanannya?

- Kesannya bergantung kepada jenis kulit muka, persekitaran (suasana tempat kerja), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel-sel kulit aktif menyerap khasiat produk) & pemakanan.
- Biasanya dalam masa 1 - 3 minggu sudah nampak jerawat berkurangan. Kulit menjadi lebih halus, pori-pori mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.
- Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis-garis halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.
- Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan. Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini.

7. Adakah Krim Malam perlu dipakai tiap-tiap malam?
- Untuk pengguna yang baru menggunakan produk ini, penggunaan Krim Malam memang sangat digalakkan untuk dipakai tiap-tiap malam sehingga kulit muka betul-betul cantik, licin dan bebas dari segala penggelupasan.  Jika yakin kulit muka anda telah licin and cantik, penggunaan krim malam tidak perlu lagi dipakai tiap-tiap malam. Anda boleh pakai selang malam (selang 1 malam atau 2 malam).
    
8. Apakah kandungan bahan dalam produk ini?
- Produk ini hanya mengandungi bahan semula jadi. Tiada bahan kimia, merkuri atau hidrokinon.

9. Apakah Kesan Sampingan Produk Seri Wajah?
- Ia membersih secara semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan / jangka panjang. Ia juga tidak menipiskan atau memerahkan kulit muka.

10. Sabun mudah cair bila terkena air dan rosak, bagaimana cara nak elak?
- Sabun mudah bertindak balas pada kelembapan. Sila potong sabun menjadi bahagian-bahagian yang kecil, gunakanlah ia sedikit demi sedikit dan simpan dalam bekas tertutup.

11. Bolehkah produk Seri Wajah dicampur penggunaanya dengan produk lain yang sama jenis?
- Sangat tidak digalakkan. Setialah pada 1 produk yang kita guna.

12. Adakah boleh dipakai dengan toner?
- Ya, untuk kesan yang lebih baik.

13. Kenapa muka terasa pedih selepas guna produk ini?
- Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan Krim Malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian Sabun pembersih dan Krim Siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula Krim Malam seperti biasa.

14. Adakah produk ini akan menyebabkan kegatalan?
- Bergantung pada kulit muka seseorang. Antara kesan awal penggunaan ialah rasa gatal-gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Proses itu adalah biasa dan tak perlu risau kerana ia hanyalah sementara sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.

15. Kenapa ada keluar jerawat kasar dan ada yang halus?
- Biarkan jerawat itu keluar dan jangan diusik. Dengan pemakaian krim Seri Wajah, jerawat itu akan kecut, pudar dan hilang.

16. Adakah produk ini menggelupaskan kulit?
- Bergantung pada kulit muka seseorang. Penggelupasan yang terjadi biasanya tersangatlah halus dan tidak teruk. Ini disebabkan lapisan sel-sel kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel-sel baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.

17. Kalau kulit muka normal boleh pakai ke?
- Boleh digunakan untuk kulit muka yang normal atau tidak berjerawat kerana ia akan menjadikan kulit lebih lembut, gebu, licin dan cerah.

18. Boleh pakai bersama makeup?
- Boleh pakai lipstik, eyeshadow, eyebrow, eyeliner dan mascara.Tapi bagi pengguna baru penggunaan bedak tidak digalakkan. Sekiranya penggunaan bedak di sapu ke kulit muka dalam tempoh penggunaan Seri Wajah, dikhuatiri liang roma tersumbat dan akan lebih banyak jerawat keluar. Bedak boleh digunakan sekiranya kulit kita betul-betul licin dan bebas gelupas dan jerawat.

19. Wanita mengandung boleh guna ke produk ni?
-Boleh kerana produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi.

20. Jika berhenti guna Seri Wajah ada kesan mudarat tak?
- Tiada apa-apa kesan.

21. Adakah produk Seri Wajah sama dengan lain-lain produk di pasaran?
- Walaupun warna & bentuknya sama dengan sesetengah produk di pasaran, tetapi ramuan & bahan pembuatannya adalah berlainan.

22. Berapa harga jika beli produk secara berasingan dan bukan dalam bentuk set?
- Produk hanya dijual dalam bentuk set.

Penafian: Hasil akhir mungkin berbeza untuk setiap individu.

* Ini adalah persediaan tradisional semulajadi. Dapatkan nasihat doktor jika penyakit berterusan.

Bahan-bahan mentah mungkin berubah mengikut keperluan & kajian semasa.

Penafian: Hasil akhir produk (komen fb diatas) mungkin berbeza untuk setiap individu.

Promosi Terhebat !!

1. Kos Penghantaran PERCUMA.
2. Pakej 2+14+2 & 6+4 untuk semua produk.
3. Penghantaran semula produk yang hilang.
                    Sitemaps:
                         Utama
                             >Pengesahan KKM
                         Produk
                             >Produk Keluaran Izie Herb 
                                 >Peria Katak Plus
                                 >Saderi Jawa Plus
                                 >Temulawak Plus
                             >Produk Rakan Izie Herb 
                                 >Acal(i) Berry Plus
                                 >Bayu
                                 >D' Hemo
                                 >Ikhtiar Hamile
                                 >Kasturi
                                 >Kosmetik Seri Wajah
                                 >Lasinaan
                                 >Maya
                                 >Pati Haruan Plus
                                 >Pure Collagen Plus
                                 >Resdong
                                 >Siok
                                 >Tonik Lelaki
                                 >Tonik Wanita
                         Cara Beli
                         FAQs
                         Hubungi Kami